RifQy The Catman??

Duh...habis badan papa & mama bercalar. Ini semua angkara iQy la...dah mcm "catman" lah iQy skrng ni. Suka sgt cakar papa & mama. Papa pun tak tahu nak buat mcm mana, even kuku iQy dah di potong pendek pun tapi mungkin di sebabkan halus, sakit bila setiap kali iQy cakar. Sebenarnya tabiat iQy suka mencakar ni, bukan disebabkan iQy marah or protes, tapi setiap masa. Setiap kali main or manja ngn iQy, mesti papa & mama kena cakar. IQy menganggap cakar itu merupakan perkara biasa. Bila iQy suka, iQy cakar papa, bila iQy panggil papa utk ceritakan sesuatu, iQy akan cakar papa.

Papa pun jadi serba salah, nak di marah takut iQy salah faham pula, sebab niat iQy cakar papa sebab nak manja, nak main, nak panggil papa etc. Nanti karang iQy takut pula nak panggil & main ngn papa. Nak di ajar supaya jgn cakar, pun papa tak reti mcm mana. Dah puas papa & mama explain supaya jgn mencakar.

Anyway perkembangan iQy dari segi komunikasi baik sgt. Papa suka sgt bila berborak dgn iQy (walaupun tak faham apa yg iQy ckp). Iqy mmg suka bercerita & sambil tunjuk ke atas. Cerita psl bulan kot... Kekadang bila iQy nak sesuatu dan papa tak faham, iQy akan bersungguh gak cerita dan iQy tahu yg papa tak faham apa yg iQy cakap. Papa mmg seronok berborak & main dgn iQy sekarang, walaupun habis satu badan papa & mama bercalar. Tak ubah mcm badan org yg baru berlawan dgn harimau, mcm line adidas pon ada gak....Sakit woooo....

p/s: itu gambar iQy 1st time makan buah oren masam! hoho...


-papa-

0 comments: