Alhamdulillah, setelah mama bergelar penganggur terhormat selama 2 minggu ( tu pun dgn niat), harini mama dah mula bekerja tempat baru. So setelah 2 minggu iQy berkepit ngn mama, harini start hantar balik pada mama normah. Nasib baik masa hantar tadi iQy tidur, kalau tak mesti susah & iQy mesti nangis bersungguh. Haritu masa mama hantar sekejap untuk nak pergi interview, iQy punyalah taknak & menangis, al-maklum lah..dah 2 minggu dgn mama.
Anyway, minggu lepas masa hari Deepavali, ada bunga api sekitar rumah kita. IQy punyalah excited nak tengok, sampai papa pun tak larat nak entertain. Mana taknya, setiap kali ada bunyi dentuman bunga api, iQy akan tarik papa suruh dukung & tengok...walaupun dentuman yg sikit & jauh, iQy nak tengok jugak... puaslah papa exlain kat iQy yg bunga api dah abis....
Dan hari Ahad lepas, oleh kerana tabiat iQy yg suka mengutip barang di lantai dan terus masuk ke mulut (walaupun ada puting kat mulut masa tuh), maka mama decide utk mengamalkan petua yg atuk ajar, iaitu menabur kepingan halia di lantai. Ini supaya bila iQy kutip, makan & terasa pedasnya, so iQy takkan mengutip lagi. Dan yg membuatkan papa & mama terkejut besar, bila iQy kutip & makan kepingan halia tuh, mcm makan buah epal ajer...selamba ajer iQy kunyah. Bila cerita kat atuk, atuk pon terkejut & gelak. So petua ni tak berkesanlah utk iQy, tak tau la nak tabur apa lepas ni...mcm manalah iQy selamba ajer kunyah halia tuh? papa pon tak sanggup pedasnya...
Kelmarin, atuk singgah umah utk main dgn iQy. Dan iQy ok dan sporting ajer ngn atuknya, walaupun lama tak jumpa, maby dah kenal kot... Dan iQy mmg confirm suka kat uncle iminya, ini kerana bila uncle imi sampai ajer, terus disuruh dukungnya (takde proses suai kenal pon..lol). Sampai uncle imi pun tak larat nak dukung.
Setakat ni Alhamdulillah, perkembangan iQy baik. IQy dah boleh communicate dgn baik antara papa & mama. Walaupun bercakap bahasa pelatnya sendiri, sehingga papa & mama puas cuba nak faham apa yg iQy sampaikan & ceritakan, tapi papa & mama sentiasa beri perhatian pada apa yg iQy nak. Sekarang ni, instruction yg simple2 iQy dah boleh ikut, seperti bila di suruh ambil barang di lantai, atau meminta sesuatu dari iQy. Kalau iQy jatuh sikit ajer, dah pandai mengadu pada mama & papa sambil tunjuk tempat yg sakit tuh (padahal kekadang sikit aje jatuhnya...) Kalau ada apa2 yg ingin di ceritakan, iQy dah pandai panggil nama papa & mama untuk minta perhatian. Dan yg paling papa tensen, iQy sentiasa kejutkan papa bangun lambat pada hari minggu utk ajak main sama2...LOL
-papa-
0 comments:
Post a Comment