Kasihan anak papa.....

Kasihan iQy, malam Sabtu lepas, iQy tak berapa sihat. 1st disebabkan perut iQy kembung. Ini gara2 makan kentang yg mama masak dlm sup. Walaupun papa & mama tau, iQy mesti kembung perut kalau makan, sebab papa & mama juga akan 'angin' bila makan kentang ni, tapi disebabkan iQy suka sgt makan masa tuh, so papa biarkan aje iQy makan. Nasib baik selepas di tuam perut, terus ok.

2nd, ada ulser dlm mulut iQy. Betul2 diantara bibir dan gigi atasnya. Papa & mama suspek bibir iQy pecah di sebabkan jatuh. Macam manalah iQy boleh jatuh, so far dlm jagaan papa & mama, takde pulak jatuh sampai bibir pecah. Agaknya jatuh
masa kat rumah baby sitter. Kasihan iQy, sakit dan tak selesa setiap kali minum susu.

3rd ialah benda papa & mama paling sedih. Tapak tangan iQy melecur. Ini mmg confirm terjadi di rumah baby sitter. Selepas petang jumaat ambil iQy dari sana, baru papa perasan. Kasihan iQy, nasib baik melecur tak teruk sangat. Gelembung jugalah tangannya. Yang paling geram bila mama tanya pada baby sitter mcm mana boleh berlaku. Boleh plak dia ckp tak tahu & tak perasan. Camna la dia jaga iQy nih? Tadi pagi dia ckp pada mama, mungkin iQy kena nasi panas semasa makan. Entahlah.....

Kalaulah papa mampu, dah lama mama berhenti kerja dan fulltime jaga iQy. Mesti iQy seronok sangat. Takpalah, satu hari nanti iQy mesti faham kenapa papa & mama terpaksa hantar iQy bagi org lain jaga....


-papa-

0 comments: