Hai...dah besar anak papa ni, dah boleh berjalan sendiri....
Eye On Malaysia...
Hai...dah besar anak papa ni, dah boleh berjalan sendiri....
Makan sendiri....
Napa iQy tak nak makan, entahlah. Yg mama masak best2 iQy tak nak, tapi bila papa & mama makan something yg iQy tak boleh makan, yg itu dia nak. Macam semalam sampai menangis nak jugak makan chewing gum yg papa makan..duhh...
Tapi biasanya kalau hari minggu, papa & mama akan biarkan iQy makan sendiri, kekadang tu biarkan iQy pakai diapers ajer..punyalah seronok! So ini papa uploadkan sekali tantrum iQy bila nak makan sendiri...sabar ye mama...sabarrrr....
RifQy The Catman??
Aktiviti hujung minggu iQy...
Hari Ahad pula, kita pergi ke Lake Garden. Ni mmg tempat favourite kita semua. Papa bawa favourite ball iQy dan kita main sama2 di atas padang. RifQy punya lah excited berlari sana sini, sampai papa pun tak larat nak kejar. RifQy memang seronok sangat masa tu! Papa & mama seronok sangat bila tengok iQy sihat, seronok dan aktif. Sambil bermain, mulut tak berhenti mengomel. Sampai berpeluh anak papa main, tapi peluh lagi papa yg sentiasa kena kejar iQy.
Next time maby kita pergi tasik Titiwangsa pula. Papa tak berapa suka pergi tasik Titiwangsa di sebabkan susah nak cari tempat parking, maby kita kena pergi awal sikit next time. Somemore papa & mama dah janji nak bawa iQy naik Eye On Malaysia. Benda ni akan ada di sana sehingga akhir tahun ni aje. So, ada lebih kurang sebulan setengah ajer lagi.
-papa-
Kasihan anak papa.....
2nd, ada ulser dlm mulut iQy. Betul2 diantara bibir dan gigi atasnya. Papa & mama suspek bibir iQy pecah di sebabkan jatuh. Macam manalah iQy boleh jatuh, so far dlm jagaan papa & mama, takde pulak jatuh sampai bibir pecah. Agaknya jatuh
masa kat rumah baby sitter. Kasihan iQy, sakit dan tak selesa setiap kali minum susu.
3rd ialah benda papa & mama paling sedih. Tapak tangan iQy melecur. Ini mmg confirm terjadi di rumah baby sitter. Selepas petang jumaat ambil iQy dari sana, baru papa perasan. Kasihan iQy, nasib baik melecur tak teruk sangat. Gelembung jugalah tangannya. Yang paling geram bila mama tanya pada baby sitter mcm mana boleh berlaku. Boleh plak dia ckp tak tahu & tak perasan. Camna la dia jaga iQy nih? Tadi pagi dia ckp pada mama, mungkin iQy kena nasi panas semasa makan. Entahlah.....
Kalaulah papa mampu, dah lama mama berhenti kerja dan fulltime jaga iQy. Mesti iQy seronok sangat. Takpalah, satu hari nanti iQy mesti faham kenapa papa & mama terpaksa hantar iQy bagi org lain jaga....
-papa-