Resign from.......
Jom heboh....
Sayang melampau iQy...
Budak zaman sekarang....
Birthday papa + wedding anniversary!
Dan hari ni juga wedding anniversary papa & mama yg ke-2. Semoga jodoh berkekalan sampai iQy bagi cucu & cicit pada papa & mama dan sampai bila2....Amin...
Sekejapnya masa berlalu, iQy pun dah makin besar, comel & cerdik sekarang nih....
-papa-
Budak yang comel...
Jadi setiap kali papa or mama marah, iQy akan dengar..... dan yg paling best, kalu iQy buat muka comel dia, ala2 muka kelakar nak ambil hati..terus papa & mama tak jadi marah...
-papa-
Eye On Malaysia...
Hai...dah besar anak papa ni, dah boleh berjalan sendiri....
Makan sendiri....
Napa iQy tak nak makan, entahlah. Yg mama masak best2 iQy tak nak, tapi bila papa & mama makan something yg iQy tak boleh makan, yg itu dia nak. Macam semalam sampai menangis nak jugak makan chewing gum yg papa makan..duhh...
Tapi biasanya kalau hari minggu, papa & mama akan biarkan iQy makan sendiri, kekadang tu biarkan iQy pakai diapers ajer..punyalah seronok! So ini papa uploadkan sekali tantrum iQy bila nak makan sendiri...sabar ye mama...sabarrrr....
RifQy The Catman??
Aktiviti hujung minggu iQy...
Hari Ahad pula, kita pergi ke Lake Garden. Ni mmg tempat favourite kita semua. Papa bawa favourite ball iQy dan kita main sama2 di atas padang. RifQy punya lah excited berlari sana sini, sampai papa pun tak larat nak kejar. RifQy memang seronok sangat masa tu! Papa & mama seronok sangat bila tengok iQy sihat, seronok dan aktif. Sambil bermain, mulut tak berhenti mengomel. Sampai berpeluh anak papa main, tapi peluh lagi papa yg sentiasa kena kejar iQy.
Next time maby kita pergi tasik Titiwangsa pula. Papa tak berapa suka pergi tasik Titiwangsa di sebabkan susah nak cari tempat parking, maby kita kena pergi awal sikit next time. Somemore papa & mama dah janji nak bawa iQy naik Eye On Malaysia. Benda ni akan ada di sana sehingga akhir tahun ni aje. So, ada lebih kurang sebulan setengah ajer lagi.
-papa-
Kasihan anak papa.....
2nd, ada ulser dlm mulut iQy. Betul2 diantara bibir dan gigi atasnya. Papa & mama suspek bibir iQy pecah di sebabkan jatuh. Macam manalah iQy boleh jatuh, so far dlm jagaan papa & mama, takde pulak jatuh sampai bibir pecah. Agaknya jatuh
masa kat rumah baby sitter. Kasihan iQy, sakit dan tak selesa setiap kali minum susu.
3rd ialah benda papa & mama paling sedih. Tapak tangan iQy melecur. Ini mmg confirm terjadi di rumah baby sitter. Selepas petang jumaat ambil iQy dari sana, baru papa perasan. Kasihan iQy, nasib baik melecur tak teruk sangat. Gelembung jugalah tangannya. Yang paling geram bila mama tanya pada baby sitter mcm mana boleh berlaku. Boleh plak dia ckp tak tahu & tak perasan. Camna la dia jaga iQy nih? Tadi pagi dia ckp pada mama, mungkin iQy kena nasi panas semasa makan. Entahlah.....
Kalaulah papa mampu, dah lama mama berhenti kerja dan fulltime jaga iQy. Mesti iQy seronok sangat. Takpalah, satu hari nanti iQy mesti faham kenapa papa & mama terpaksa hantar iQy bagi org lain jaga....
-papa-
Mama dah start kerja...
Still mood hari raya...
Last day... :( .... :)
Yang paling best after this mama akan spend 15 days dengan Iqy. Dapat la relaks sikit. Dapat ke???? Wah! nanti bila mama nak kerja balik mesti susah nak hantar Iqy dengan mama Normah kan? Macam mana ek?
Tapi yang tu belakang kira. Yang penting hari ni, esok, lusa, tulat dan seangkatan dengannya. Hari mama nak kerja tu kita biar dulu. Pun belum tentu lagi dapat kerja buat masa ni.
So semalam Iqy tak berjaya tidur sendiri. Sebabnya dia sibuk nak tengok kat luar. So pujuk punya pujuk akhirnya Iqy tidur dgn mama & papa juga. (Ni saje je ni buat2 nak tengok luar, sebenarnya nak tidur dgn mama & papa).
Yang lain2 macam biasa sibuk nak tolong mama kat dapur. Lepas tu semalam penat sangat main kat luar. So masa mama nak fetch Iqy tengah tidur. Tapi mama kejutkan Iqy jugak. Sibukla ajak mama main sbb papa balik lambat semalam. Mulut pulak tu tak boleh diam dah. Siap bersembang lagi. Kadang2 penat melayannya. Tapi layan la. Walaupun tak faham.
So esok mama start gaduh dgn Iqy la... Jeng...jeng....
-mama-
Mama last day..
So lepas ni kalau mama kerja kat company baru ada internet boleh la mama update blog, kalau tak papa je la yg update blog after this. What to do?
Diary Syawal RifQy - Let the pictures say it all...
Well, long journey la raya RifQy kali ni, macam2 aktiviti kita luang bersama, raya pun seronok sangat bila melayan telatah iQy.
Disebabkan mama sudah cerita panjang lebar sebelum ni (tu pun bnyk lagi tak diceritakan), so biar papa post ajer gambar2 sepanjang kita cuti beraya, ok..
Let the pics say it all.......
Ini ialah ahli keluarga sebelah papa, diambil pada hari raya pertama, cuba iQy kira berapa orang semuanya? dah boleh buat My Team 3 kot..hee..
Ini papa saje selitkan gambar kita tengah tolong masak ketupat sehari sebelum raya.(Tolong kacau & tolong ambil gambar aje sebenarnya..hee..)
Pada hari yang sama juga, kita pergi beraya ke rumah Tok Su iQy di Chendering, belakang rumahnya pantai, so apa lagi, main air la iQy. Sampai biru bibir iQy sejuk, tu pun tak nak keluar gak dari air...
-papa-