Minggu ni jadi anak mama balik...

Mmg papa & mama perasan, iQy ada mood sendiri nak lebih rapat dgn siapa, sometime berhari-hari, sometime berminggu-minggu. Akan terdapat sedikit perbezaan dgn siapa iQy lebih suka mengadu, suka berkepit dan suka minta di dukung.
Faktor sebenarnya mengapa iQy memilih papa tak tau la, tapi minggu lepas iQy rapat dgn papa mungkin disebabkan playstation, sampai tidur pun papa sentiasa peluk iQy. Tapi minggu ni dah jadi anak mama balik, masa tidur pun iQy nak peluk mama, mengadu apa2 kat mama dan sentiasa berkepit ngn mama ajer...Tak kisah la dgn siapa iQy nak lebih rapat, yg penting semua sayang pada iQy.

Bulan ni banyak perkara baru yg iQy dah boleh buat. IQy dah tau berkata 'azan' bila kedengaran azan berkumandang (di TV or di surau), iQy dah tau menadah tangan utk doa bila iQy dengar doa buka puasa dibaca di TV, iQy dah pandai ikut cakap Alhamdulillah setiap kali bila mama sebut selepas makan (walaupun pelat), juga dah tau salam & cium tangan org lain dan yang paling latest, dah tau nak panjat-memanjat meja/kerusi! Kena sentiasa jaga pergerakan iQy nih.
So far perkembangan iQy baik, walaupun org bnyk berkata anak yg cepat berjalan, akan lambat bercakap, tapi Alhamdulillah, iQy cepat kedua-duanya. Semoga RifQy membesar dgn sihat.

So minggu ni anak mama yer? boleh la papa main playstation sorang2 yer....iQy jgn kacau yer...Autobots ada mission ni...LOL
.
-papa-

0 comments: