Minggu ni anak papa..

Well, apa yg mama boleh cakap, minggu ni Iqy totally anak papa. Dan mama rasa since Playstation ada ni memang anak papa sungguh.

Perkembangan Iqy setakat ni dah mula buat perangai dah. Kadang2 tu sampai berguling2 kat lantai. Kalau nangis dah pandai cakap papa buat sambil lari kat mama, kalau mama buat lari kat papa. Budak comel ni. Kadang2 mama nak gelak pun ada. Iqy, iqy....
So far sepanjang bulan Ramadhan ni, Iqy tak der kacau mama & papa buka puasa. Sikit2 tu ada la. Kadang2 dia sibuk tengok TV. Kadang2 main. Senang mama & papa berbuka.

Sekarang Iqy dah start belajar. So hari2 kena belajar. Cuma masa je yg tak tentu. Kadang2 dia nak ikut, siap tunjuk lagi. Tapi kalau kena nak mainnya, langsung tak diendah. Tapi so far bila mama & papa baca buku dia pun sibuk ambil buku dia suruh bacakan. Alhamdullillah...

Rifqy ni suka sangat kalau dengar orang mengaji. So sekarang ni kalau ada orang mengaji kat TV memang tak tukar. Memang khusyuk sangat dia dengar. Tambah2 kalau azan. Siap cakap lagi JAN...Sejuk perut mama. Mudah2han sampai bila2 Iqy tetap suka dengar ayat suci Al-Quran. Amin.



-mama-

0 comments: