Yang ni adalah aktiviti paling seronok so far bagi kita satu family. Kita semua pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Mula2 planning just nak pergi Pulau Kapas, but at last papa decide kita bercuti ke Perhentian.
Hari Jumaat, 11hb July 2008, kita semua bertolak pukul 4 pagi dari K.L. to Kuala Besut. Jauh gak berjalanan. Sepanjang perjalanan kita tak singgah mana2 tempat. Maklumlah, hati mama asyik teringat pulau ajer (papa pon sama gak..hehe :P)
Lebih kurang jam 12.30 tghari, kita pon sampai ke jeti Kuala besut (wow! 8.5 hours travel). Pergi ke travel agent utk arrange bot ke sana, dlm pukul 1.00 ptg, kita pon kesana.
Well, bila sampai sana, mmg terujalah dgn pantai dia. Kita semua menetap 3 hari 2 malam di Senja Bay Resort (kawasan Coral Bay). Pantai dia mmg cantik, bnyk batu karang...cantik sangat!
.
Walaupun package 3 hari 2 malam, tapi aktiviti kita bebas di sana. So papa, mama & iQy mmg seronok kat sana. Especially iQy bila mandi di pantai. Dan papa tak boleh lupa bila papa snorkeling, terjumpa ikan shark dan turtle. Hehehe...
So, biarlah gambar menceritakan segala keseronokan kita disana, ok!?
Dari pantai yg cantik, layanan yg baik, pemandangan yg indah dan aktiviti yg menyeronokkan, ini adalah percutian kita yg paling best so far. Tak gitu mama? So next mana pula kita nak pergi? Papa & mama dah decide, Pulau Redang for sure!!
-papa-
3 comments:
wah..seronok nye bercuti2 kat pulau...cantik ye pulau perhentian tu...wanie belum pernah pegi sana lagi
iqy nyonyot puting lagi kerrr...ihiks
apa pun mmg mengancam le percutian u'll ittew.. Salam perkenalan
Wanie,
ni pon 1st time kitaorg bercuti ke pulau, mmg cantik & seronok..
next bercuti kita org planning pergi Redang plak, InsyaAllah..
ealyie,
skang mama iQy ada motto baru- "world without puting". Kita org dlm usaha tak nak bg iQy hisap puting lagi (bukan mudah woo). Anyway, salam perkenalan..
Post a Comment