Diary Syawal Rifqy...

First of all, Selamat Hari Raya 'Idulfitri. Surely masih dalam mood raya.
Well, banyak story sepanjang syawal ni, especially si comel ni punya kisah la.

Ok, kita start masa mula balik kampung Melaka.
Kita balik Melaka hari khamis 11/10/2007, pukul 8.30 mlm dari rumah. And Auntie Yah ikut sekali. Rifqy pun excited je mama tengok. Sepanjang on the way ok aje. Jalan pun tak jam sangat. Smooth je la. Lebih kurang pukul 1.00 pg baru kita sampai. Yela, pergi Shah Alam lagi. Ambil barang Auntie Yah. Semuanya ok.

Bila sampai je kat rumah atuk, Iqy pun macam biasa akan nangis dulu. Coz semua uncle & auntie nyer serbu. Iqy pun takutla. Ingat kan sekejap je. Rupa2nya bermula la episode melekat. Selalunya Iqy akan melekat dgn atuk je, tapi kali ni Iqy asyik lekat dgn mama je. Dgn papa pun kadang2 tak nak. So kali ni Iqy banyak sangat menangis.
Hari Jumaat pula, Iqy dah start selsema. Lagila Iqy tak nak dgn orang lain. Mama pun dah start selsema. Hilang mood nak beraya.
Tapi apa2 pun Iqy tetap comel pakai baju melayu, samping & songkok. Semestinya Iqy menjadi tumpuan la. Banyakla snap gambar Iqy. Walaupun tak sihat, kita pergi juga beraya. So far banyak juga rumah sedara mara papa yg kita pergi. Duit raya Iqy pun boleh tahan gakla.

Hari raya kedua kita pergi klinik coz Iqy & mama bertambah teruk selsema. So lepas mkn ubat, kita berdua pengsan. Malam tu kita tak pergi mana2 pun. Duduk kat rumah tidur.
Hari raya ketiga & empat baru kita jalan2. Walaupun tak berapa sihat tp Iqy still main, berlari sana sini.

Hari raya ke lima kita balik Terengganu. Sembilan jam dlm kereta, mama & Iqy pun dah tak larat. Masa on the way kita singgah kat Cherating. Iqy main ombak. Wah suka bukan main. Siap mengejar ombak lagi. Dari Melaka pukul 1.00 tengahari sampai Marang pukul 10.00 malam. Penat woo... Iqy pun dah flat je.
Hari raya keenam kita duduk rumah je. Penat on the way tak hilang lagi. Kita cuma pergi pantai di belakang rumah moyang Iqy. Tapi tak mandi just jalan2 kat tambak je. Panasnya...fuhhh...
Petang tu papa & Iqy tidur sampai dekat maghrib.
Hari Jumaat tu baru kita pergi jalan2 kat Kuala Terengganu, lepas tu pergi rumah sedara papa di Kuala Terengganu. Lepas tu kita pergi Chendering, rumah sedara papa juga. Masa on the way kita singgah kat Kuala Ibai tp tak keluar pun. Hujan lebat sangat. Nasib baik masa sampai rumah sedara papa hujan dah berhenti. So Iqy mandi pantai lagi. Tapi masa tu dah hampir maghrib. So sekejap je la sempat main. Iqy memang suka mandi pantai. Macam biasa Iqy sibuk kejar ombak. Sampai menggigil anak mama ni.
Tapi yg sedihnya malam tu Iqy tak tidur. Iqy kena kacau. Kesian anak mama. Semua org kata sebab mandi pantai masa nak maghrib. Nasib baik semuanya ok.
So hari sabtu kita balik KL. Pukul 2.00 ptg dari Marang, then sempat lagi kita singgah pantai Kemasek & Cherating...at last sampai KL pukul 10.00 malam. Fuhh... so habis dah kisah raya Iqy tahun ni.
Next kita sambung kisah Iqy di sini.


-mama-

0 comments: