Happy Mother's Day to Mama..

Happy mother's day to our beloved mama. Jeng..jeng... tahun ni iQy bagi kad & hadiah utk mama,  harap mama suka dgn hadiah yg iQy bagi tu.


On the mother's day, kita semua pergi jalan2 ke Bukit Tinggi. 1st time pun kita semua pergi, cuma hari yg kita pergi tu, cuaca panas terik, so suhu kat sana tak sesejuk yg mama inginkan.

Actually, iQy more excited dgn Rabbit Park kat sana, which all the visitors are free to touch the rabbits. Suka betul iQy, siap peluk & main kejar2 lagi dgn rabbit. Somemore bagi makan pada rusa dan dapat duduk atas donkey (yg pada mulanya, papa mati2 sangkakan kuda! LOL)

-papa-

The Comel Rider




-petang hujung minggu, dgn papa je masa tuh-




-ni another weekend, waktu malam -


Biasanya kalau hujung minggu tak tahu nak pergi mana, kita pergi Tasik Titiwangsa ajer. Bawa basikal comel iQy tu main2 kat situ...
iQy mmg happy pergi sana, tempat luas so spent about 1-2 hours main basikal sampai iQy letih.

-papa-

Bathtub


Ingatkan bila iQy dah besar, bathtub ni dah x pakai & disimpan terus... rupanya iQy still nak lagi mandi dalam bathtub..

Idea mama la ni...mandi buih,  iQy mmg suka bangat, hari2 pon mintak nak mandi dlm bathtub, nasib baik muat lagi..

-papa-

Potty Training



Gambar ni diambil pada 29/3/2009
Mama decide utk beli and to teach iQy to use a potty.. Dah besar pun anak papa ni...
Mmg mencabar la during training tu, sebab mama decide supaya iQy x pakai diaper during training tuh..
and the result is; mmg iQy inform mama & papa bila nak buang air.. tapi iQy inform setelah urusan tu selesai dibuat..huhuhu.. abis basah satu rumah.

until today, setelah sebulan...masih belum berjaya lagi usaha mama..

-papa-

Balik Melaka...

Last week, kita balik Melaka. Atuk & nenek pun mmg rindu bangat dgn iQy yg comel ni. Kita balik 2 hari jer. So sempat la jalan2 sekitar Melaka.

On 1st day, kita pergi jalan2 sekitar Pantai Klebang (rasenya la...papa pun tak ingat pantai apa..)
-iQy lebih exicted main bubble ballon dari main tepi pantai-

-the 3 stooges, hehehe..(pakat pakai baju sama warna ke?)-


Malam pula, kita naik bot, jalan2 sekitar Sungai Melaka, dari Kg. Morten sampai la ke Bandar Hilir. Hah! yg ni, mama yg excited lebih nak naik..Haha.
-gambar x berapa clear, pakai camera hp-


On 2nd day, kita semua pergi beriadah di Ayer Keroh. Naik paddle boat & berkayak. Yang ni papa plak excited lebih, almost nak bawak iQy berkayak sekali. Nasib baik mama tak bagi..hehe.
-comel betul la anak papa pakai safety jacket :) -

Basikal Comel iQy..





Jeng..jeng..jeng... Basikal pertama iQy..comel tak? Actually mama & papa planning nak beli basikal 3 roda (I don't know what they call, but something yg kita boleh tolak tu) untuk iQy sempena birthday iQy yg kedua tahun lepas, tapi mama decided untuk tunggu iQy besar sikit, and then beli basikal comel ni terus...

iQy? of course excited, 1st day ajar, terus pandai kayuh.(tapi kaki still x sampai utk buat kayuhan penuh..hehe..). Habis rumah di tawaf dgn basikalnya (rumah kecik, sorry iQy).

Well, minggu ni planning nak bawa iQy main basikal kat Lake garden.

-papa-

2 months tak update.

Sorry iQy, papa memang buzy bangat, lama betul tak update blog iQy ni. Last month, papa pun x ingat hujung minggu kita buat apa, but mostly kita pergi air terjun sekitar Selangor (Ulu yam & Sg. Congkak)

Mama suggest supaya kita beli khemah (tent) next time, supaya senang sikit kalau nak picnic mana2...

-papa-

-mama, iQy & bot comelnya at Sg. Congkak, Selangor-




-papa & iQy at Ulu Yam, Selangor-

A,B,C....1,2,3.

Alhamdulillah, bila rifQy almost 2 years old, iQy dah kenal nombor 1-9. Mula2 papa ingatkan iQy menghafal, tp bila ditunjuk secara random, iQy mmg kenal semua nombor. Untuk huruf pula, iQy baru kenal A-E jer...yg ni take time sket nak ajar sampai abis.

"Apa tuh.." - perkataan yg paling papa x larat, tp terpaksa layan juga bila iQy tanya. Sifat curios iQy tinggi sangat sekarang. Bila nampak something yg pelik jer..musti dia tanya.."apa tuh..." Kadang2 di ulang2 banyak kali (sebijik mcm iklan petronas tuh..)

"Bukan-bukan..." - perkataan yg akan menyusul bila iQy rasa salah dari jawapan yg diberi dari soalan "apa tuh..".

Situation 1 - iQy tunjuk cawan yg berisi air ribena.
iQy : "pa..apa tuh??"
Papa : "ribena.."
iQy : "eh..bukan2....tu cawan"... (smbl tersengih..)
Papa : lol...

Situation 2 - iQy tgh tgk cieta ultraman kat TV
iQy : "pa..apa tuh??"(sambil tunding jari ke arah TV)
Papa : "ultraman.."
iQy : "eh..bukan2....tu TV"... (smbl tersengih jugak)
Papa : lol...

Sebenarnya iQy mmng suka mengusik papa & mama sekarang. Soalan "apa tuh.." ialah soalan tricky. Papa & mama kena pikir 2 kali before jawab, takut2 perkataan "bukan-bukannn..." dia tuh menyusul...LOL

-papa-


-ini gambar iQy tgh main sambil ber-imiginasi kerusi tu as a kereta kebal..I guess..-


-but the ending is he stucked and cried (tersangkut nak keluar..hahaha)-