RifQy Bercuti Di Melaka

Well...seperti biasa la mama & papa buzy sampai tak sempat nak update blog iQy..kesian iQy... Minggu ni kita balik Melaka rumah atuk & nenek..so sambil2 tu kita pergi la berjalan2. Minggu ni memang syok la untuk iQy & semua orang sebab mama & papa planning baik punyer.

Kita balik Melaka hari jumaat malam sabtu..so sepanjang perjalanan tu iQy tidur je sebab nak simpan energy. Sampai Melaka hampir pukul 1.00 pagi. Hari sabtu kita semua pergi berkayak. Tapi iQy, mama & papa naik paddle bot je sebab dah tak sempat. Pergi pon dah lewat. Tapi iQy sibuk nak berkayak dengan uncle & auntie nyer. Tapi mama & papa tak bagi sebab iQy kecik lagi. Malam pulak kita pergi ke rumah sedara nenek ada kenduri.

Hari ahad, mama & papa planning nak pergi A' Famosa Waterworld tapi tak jadi so kita switch to Pengkalan Balak. Tapi tak mandi kita just buat barbeque je. iQy biasa la ramai yang melayannyer. Papa pulak sibuk membakar sotong, ayam & kambing. Enjoy..

Hari Isnin, kita semua pergi Air Terjun Sagil. So hari tu pon kita buat barbeque sambil mandi air terjun. Memang best. iQy sampai mengigil la.. Tapi macam biasa walaupon sejuk iQy enjoy. Kita balik pukul 8.00 malam. Huh..penat tapi best..

Hari selasa pulak semua buat activity bebas. Penat & letih.. iQy pulak sibuk dengan game n ultraman nyer..Yelah ramai yang layan. Macam biasa iQy kalau balik Melaka tidur dengan atuk & nenek. Petang, mama & papa pergi shopping tapi iQy tinggal sebab iQy tidur..tapi mama & papa belikan ais krim & donut.

Hari rabu pagi kita balik KL sebab mama kena kerja...so berakhir la cuti CNY kita..so macam biasa gambar nanti papa upload kan..

-mama-

(here we go, gmbr2 yg papa sempat uploadkan.. nak tgk bnyk lagi..boleh tgk kat facebook yer...)


Kayak at Ayer Keroh








Barbeque at Pengkalan Balak
















Barbeque at Sagil