Blog's Template - Under Construction


Akhirnya setelah 2 tahun lebih, blog ni bertukar wajah, refresh sket. Well, hopefully mama & iQy will like it, but still under construction. Bnyk lagi widgets yg papa terpaksa add in balik. But later la yer...bila papa sempat nanti.

-papa-

H1N1 - Extra Precaution


Lately ni mmg risau betul virus H1N1 a.k.a. selsema kerbau pendek hidung penyek.
Papa & mama mmg dah kurangkan activity kat luar. Shopping pun semuanya di tangguh (selamat poket eden-for temp.)

Haritu kita pergi Masjid India, untuk ambil baju melayu tempah yg dah siap. No choice, mmg terpaksa bawa iQy skali utk try. So pakai la face mask kita 3 beranak. Puas pujuk untuk iQy pakai, cost untuk iQy pakai ialah selaras machine gun rambo dibeli. Huhuhu..

Yang peliknya, ramai lagi yg x pakai face mask di tempat public/crowded. Lagi pelik siap bawa baby lagi. Pelik betul. Samada x de kesedaran or x tau isu semasa, entahlah.

-papa-

Allergic lagi...


Lately ni mama cuak sikit...ye la seantero negara kecoh pasal H1N1 ni. Apatah lagi mama ada iqy, mesti la mama & papa concerned lebih. So sekarang ni mama ambil extra precaution such a wearing face mask, wash hand before touch iqy and no more walk at public area even on weekend. (So kita duk kat umah je la ye)
.
Bukannya takut yang terlampau tapi sekadar beringat. Lagipun ini kan untuk kebaikan semua orang. Lately ni Iqy punya allergic pun makin teruk. Semalam mama kena ambil el coz hari ahad tu iqy kena allergic dan kaki iqy ada lebam2.. Mama & papa risau sangat. Dah tak tahu macam mana nak buat & hopefully sangat2 iqy punya allergic getting better. Mama sedih sangat bila iqy nangis sambil ngadu gatal2. Iqy pun dah consume piriton lama sangat dah..so mama & papa decided will stop piriton coz mama & papa tak nak ada long term effect pada iqy. For this time being apa yang mama boleh buat aware dengan environment surroundings iqy and some more jaga iqy punya makanan. Caiyok...mama..
.
-mama-

Ultraman Comel is back!

Dulu, suasana aman & damai, tenang. Sehingga kemunculan raksasa yg tidak di undang. Telah menyebabkan dunia kacau bilau.

Mujurlah ada Ultraman Comel, dengan kuasa jam tangannya, bertukar menjadi ultraman yg sgt comel!

Menentang raksasa yg menganggu keamanan dunia.


Akhirnya suasana menjadi aman semula.

-papa-