Pulau Pangkor....


Well, lagi family vacation for this year...

Last friday kita semua pergi pergi Pulau Pangkor...Iqy macam biasa bila cakap nak pergi jalan je dia la paling excited...
Atuk fetch kita malam jumaat then gerak pergi Pulau Pangkor..Iqy punyerlah excited sampai tak nak tidur nak tunggu atuk. Nasib baik masa on the way smooth je. Auntie Nurul pun ikut kita juga this time.. So meriah la. Cuma Auntie Iqy yang lain ada kem so boring la sikit. Tapi still di pangkor la..kem pun dekat resort yang sama..cuma masa la terbatas sikit sebab kena ikut programme.

But then still ok..enjoy..so kita sampai pulau pangkor pukul 11 pagi, lepak kejap sementara nak check in...petang pula Iqy dah tak sabar nak mandi pantai since dari pagi tak mandi2..;p (Iqy pakai baju tidur lagi masa naik ferry). Lepas tu Iqy, mama & papa keletihan terus tidur. Malam pula makan di gerai depan chalet je..

Hari sabtu pagi kita semua berkayak lepas breakfast. Iqy pun berkayak juga dgn atuk la..mama & papa tak berani nak bawa Iqy. Tersenyum je la si budak kecik tu...Petang pula after lunch semua pergi snorkeling include Iqy. Mula2 papa cuba bawa Iqy dalam air tapi macam tak confidence je sebab ombak kuat. Lepas tu abang yang bawa bot tu bawa Iqy swimming..syok la Iqy walaupon terketar2 sejuk.. Mama pun sekejap je snorkeling tak larat la sakit pinggang. Lepas tu kita pergi Coral Island..syok nyerr.. Iqy boleh tertidur masa on the way dalam bot..penat sangat..sampai Coral island tu mama suruh papa letak Iqy dalam air, terus terjaga...;) Airnye jernih sangat...cantik.. So dah puas mandi by 6pm kita semua balik chalet...penat woo...
Malam pula ada buat barbeque tapi Iqy dah flat.. so semua pergi tapi mama tak pergi. Kesian nak kejutkan Iqy dari tidur. Iqy tidur dari pukul 7.00 petang sampai pukul 8.00 pagi.

Hari Ahad pagi kita semua jalan2 tepi pantai before breakfast..Iqy & Uncle Edy lak sibuk tangkap ikan & ketam. Berbaloi la juga sebab dapat ketam yang besar. Siap ikat lagi nak buat main. Kesian ketam tu. Then bila semua dah kumpul kita pergi Teluk Nipah, nenek & cik dah nak pergi shopping. Naik bas lagi..sepanjang jalan Iqy tersengih..habis shopping kita balik chalet then terus kemas nak check out. Iqy sempat lagi mandi pantai dengan Uncle Edy, Auntie Nurul & nenek. Mama & papa sibuk berkemas..

Masa on the way dari Lumut ke KL kita singgah rumah Mak Andak di Manjung. Iqy lak sibuk main dengan adik Nurul.. Gerak balik KL pukul 7.00 malam.

So berakhir la cuti kita untuk tahun ni....Gambar nanti papa upload..next destination....probably REDANG....
.

-mama-