iQy dah pandai...

iQy dah pandai ambil buku sendiri dan baca,
iQy dah pandai tunjuk nose & ears bila perkataan tu disebut,
iQy dah pandai menyanyi dan joget setiap kali dengar lagu barney & friends,
iQy dah pandai sebut magic word Mickey Mouse,
iQy dah pandai merajuk, suruh papa pujuk,
iQy dah pandai ambil barang bila di suruh,
iQy dah pandai letak botol susu di atas bila setiap kali habis minum,
iQy dah tau nak berus gigi setiap kali masuk bilik air,
iQy dah pandai nak agah papa, nak ajak main,
iQy dah pandai nak minta & sebut susu, puting or air,
iQy memang dah boleh sebut setiap perkataan yg papa & mama ajar (walaupun pelat)

ishh...rindu plak kat si comel ni.....

-papa-

Sayang mama, sayang iQy....

Ada perkembangan yg menarik pasal iQy. Sekarang ni iQy dah tak menangis setiap kali di hantar ke nursery. Samada iQy dah besar or iQy mmg happy kat sana. Dari pengamatan papa & mama, mmg iQy happy kat sana. Ramai kawan & cikgunya caring...maby. Cuma muka masam & muncung panjang sedepa tu, tetap ada setiap kali dihantar ke sana..hehe..
Hmm... iQy mmg manja dgn cikgunya kat sana, cikgu iQy cakap sendiri yg si kenit ni mmg manja dan setiap kali menyusu, mesti nak di pangku. Amboi....dgn papa & mama pun takde sampai camtu. Hehe....

Sekarang ni iQy dah ader 12 batang gigi. 8 gigi depan (atas & bawah) & 4 batang gigi geraham (atas & bawah). Sekarang ni perangai suka menggigit papa & mama dah takde, tapi suka menggigit puting botol susu la pulak! Habis ketiga-tiga puting iQy koyak dan tak boleh pakai. Kalau macam ni la gayanya, pengsan la papa & mama nak kena selalu beli puting baru. Bukannya murah iQy oii...

Dan kasihan juga pada mama, 3-4 hari ni tak sihat & teruk betul batuk. Semalam pergi klinik doctor suspect asthmatic cough, so mama kena pakai alat nebulizer. Harini mama nampak sihat sikit. Papa & iQy sayang sangat mama dan tak boleh hidup tanpa mama. Papa & iQy sentiasa mendoakan supaya mama cepat sembuh dan sihat. Sunyi betul rumah tanpa gurau senda dan leteran mama.

-papa-

Sakit mata....

Minggu lepas kita balik Melaka untuk mengundi. Undi siapa? Itu adalah rahsia.. hehehe.. Balik sekejap jer pun. Atuk & nenek pun takde, balik Terengganu mengundi di sana.
.
So far iQy di nursery tiada masalah, walaupun tiap2 pagi menangis setiap kali hantar, tapi iQy nampak happy di sana. Baru2 ni, iQy kena sakit mata, risau papa & mama. Cian lah iQy, kecik lagi dah kena. Berjangkit dari nursery? Ntahlah..susah nak cakap. Tapi so far ubat titis yg doctor bagi berkesan, dah kurang sakit mata iQy.

Wah.. sekarang ni, kalau iQy protes marah, agresif sungguh. Hentak2 kaki & badan dan dah pandai menyatakan dgn jelas kehendak dia. Papa & mama sekarang kena hormati kehendak iQy, apa yg dia nak atau tak nak mesti di beri perhatian selagi tak melampaui batas.


-papa-
Semalam pagi2 lagi mama dah bangun, untuk masak makanan iQy, bekal ke nursery. Pakaian, sabun, kelengkapan lain dari malam sebelum tu dah disediakan dan semuanya di tulis nama RifQy. Semangat betul papa & mama ni..preparation macam nak masuk sekolah. Hehe...

So 1st day iQy ke nursery Alhamdulillah, semuanya ok. Masa hantar pun iQy just merengek sikit ajer. Cikgu tu pun pandai lekakan iQy. Cuma nangis sekejap ajer masa papa & mama pergi. Bila mama call tanya khabar iQy, semuanya pun ok. Dan nampak iQy pun seronok ada ramai kawan2 baru.

Petang pula just mama yg fetch iQy sebab mama balik awal. Mula2 risau juga untuk 1st day hantar. Takut iQy meragam protes mcm masa hantar kat puchong dulu. Tapi cikgu tu cakap semuanya ok. Iqy makan pun ok, main pun ok. Bekal yg mama masak untuk iQy semuanya habis di makan. Happy betul mama. Pagi tadi semangat betul mama masak untuk iQy.

Harap2 iQy happy & boleh sesuaikan diri dgn persekitaran baru. Papa & mama pun waktu malam dah ada bnyk masa nak spend dgn iQy compare kalau hantar ke puchong dulu. Sampai papa pun penat berpeluh layan iQy main semalam. Sayang anak papa nih... :)

Oh ya, kelmarin iQy genap 1 tahun 6 bulan. Well, kalau nak listkan benda baru yg iQy dah belajar, bnyk pula...cuma iQy sekarang definitely dah boleh ikut setiap perkataan yg papa & mama sebut. Adik, abang, bird, meow, car, bapop (spounge bob). Dan bab makan pula. RifQy definitely dah boleh menyuarakan kehendaknya. Nak atau tak nak, atau apa yg iQy nak..iQy akan minta dan tunjuk. (yg ni dari 2 bulan lepas iQy dah pandai) Cuma part yg papa paling suka yg iQy dah pandai buat is...setiap kali main dgn iQy, bila papa nak duduk rehat, iQy akan cuba angkat papa untuk ajak bermain....duhhh..pengsan papa main lari2 dgn iQy non-stop.......

-papa-

New place, new friends.....

Wow...dua minggu ni mmg meletihkan...tu psl papa pun tak sempat nak update blog nih.... Macam yg mama bagitau sebelum ni, mama normah dah tak boleh jaga iQy lagi, so untuk dua minggu ulang-alik puchong, sangatlah meletihkan.
.
Semalam papa & mama dah dah tengok nursery baru untuk iQy, nampak semuanya ok...dan hari isnin ni akan start hantar iQy ke sana. Papa & mama harap, mereka boleh jaga iQy dgn baik, macam jaga anak sendiri. Tapi benda yg paling papa & mama risau ialah..... iQy sendiri. Macam mana la reaksi nanti?

Harap2 iQy akan seronok bila ramai kawan. Dulu masa 1st day hantar iQy ke puchong, iQy merajuk & tak nak makan...kalau hantar ke nursery pula? pada org yg tak kenal lagi..camne yer? Apa2 pun, harap2 tempat baru, mood baru, kawan baru...semuanya yg terbaik utk iQy yg comel.
.
-papa-