So apa yg mama nak tulis is about mama Normah Iqy (baby sitter Iqy). Well untuk renungan bersama, husbandnya tengah koma sekarang sebab salah makan ubat. Dah seminggu tapi masih tak sedar. So starting from today mama Normah tak jaga Iqy lagi. So mama and papa tak decide lagi either nak hantar Iqy nursery or other baby sitter. Sebab kalau mama tengok manjanya Iqy, mama rasa tak sanggup nak hantar Iqy kat nursery. Tapi kalau boleh mama nak Iqy independent. Iqy pun dah setahun setengah. Tapi kalau nak cari baby sitter yang okey bukannya senang sekarang. Entahlah. Jumaat depan ni mama n papa nak survey nursery kat rumah kita.
Berbalik pada mama Normah, actually mama sedih sangat bila tengok dia. Semalam masa mama Normah pulangkan semua barang Iqy, mama sedih tapi apa nak buat dah nasib dia mcm tu. Apa yang boleh kita buat doakan aje agar daddy(husband Mama Normah, Iqy panggil Daddy) cepat sembuh.
Tapi mama lagi sedih bila ingatkan Ajim(anak mama Normah), yelah baru dua tahun tapi daddy dia dah jadi macam tu. Sedih sangat bila ingatkan betapa rapatnya Ajim dengan Daddy dia. Masa hari sabtu hari tu kita pergi hospital lawat daddy. Tapi apalah yang dia boleh buat. Bertambah sedih bila mama Normah cakap Iqy, mama dan papa datang, Daddy menangis. Tapi dia tak boleh bersuara ataupun bergerak. Sedih mama tengok. So nanti kalau Iqy besar, mama akan ceritakan pasal daddy, mama Normah dan Ajim pada Iqy. Harap2 segalanya okey untuk mereka kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya. So mudah-mudahan Daddy akan sembuh macam biasa. Amin.
-mama-
Kesiannya mama Normah,,, :(
Posted by
RifQy NaZHaN RyZa
on Monday, February 25, 2008
/
Comments: (0)
I'm back......
Posted by
RifQy NaZHaN RyZa
on Thursday, February 21, 2008
/
Comments: (0)
Rindunya kat blog ni. Dah lama rasanya mama tak menjengah. Al-maklumlah kat tempat kerja sebelum ni tak ada internet. So nasib baik kat tempat baru ni ada internet. Walaupun lepas office hour tapi sempat la jugak nak menjengah.
So papa pun dah cerita pasal perkembangan Rifqy. So hari ni masa mama hantar Iqy kat Mak Nyah, Iqy dah okey sikit. Tak der la menagis macam kelmarin atau semalam. Iqy pun dah mula makan. Lega hati mama.
Cuma semalam badan Iqy naik gatal2. Nasib baik lepas makan ubat Iqy dah okey. Risau mama. Kemungkinan besar minggu depan pun Iqy kena hantar dengan Mak Nyah. Nak buat macam mana emergency case.
Apa2 pun anak mama dah pandai cakap sikit2 : okey, jatuh, pabob (spongebob ;)) ... byk lg. Tak sabar nak jumpa Iqy.. Rindunya...
-mama-
So papa pun dah cerita pasal perkembangan Rifqy. So hari ni masa mama hantar Iqy kat Mak Nyah, Iqy dah okey sikit. Tak der la menagis macam kelmarin atau semalam. Iqy pun dah mula makan. Lega hati mama.
Cuma semalam badan Iqy naik gatal2. Nasib baik lepas makan ubat Iqy dah okey. Risau mama. Kemungkinan besar minggu depan pun Iqy kena hantar dengan Mak Nyah. Nak buat macam mana emergency case.
Apa2 pun anak mama dah pandai cakap sikit2 : okey, jatuh, pabob (spongebob ;)) ... byk lg. Tak sabar nak jumpa Iqy.. Rindunya...
-mama-
RifQy Merajuk....
Posted by
RifQy NaZHaN RyZa
on Wednesday, February 20, 2008
/
Comments: (0)
Minggu ni, papa & mama hantar iQy ke rumah Pak Nyah & Mak Nyah. (mcm kelakar plak nickname nih..ekeke). Letih juga la... pagi2 dari Ampang ke Puchong, then pegi kerja KL, petang pegi balik puchong fetch iQy. Nak buat camne, mama normah tak boleh jaga iQy disebabkan emergency case.
Yang buat papa & mama risau ialah iQy sebenarnya. Hari pertama hantar, iQy mmg nangis sungguh2. Agaknya x biasa lagi. Punyalah merajuk sampai tak nak makan & main langsung. Dan bila waktu malam kat rumah, iQy meragam..protes agaknya.
Harini pun sama gak, mcm biasa bila hantar pagi..iQy menangis tak nak. Then tadi pun bila call tanya khabar iQy, sama juga, taknak makan & merajuk. Risau juga...dah la iQy mmg ada masalah makan sebelum ni..kurus jer badan.
Sebenarnya, bab makan ni, iQy kat mana2 pun tetap tak nak makan. Even mama masak apa pun, susah nak makan. Dah kurus badan iQy skang ni. Papa & mama kena fikir cara lain nak buat iQy banyak makan.
Bab menangis pula? Iqy mmg manja sebenarnya, hantar kat sesiapa pun, tetap akan menangis.
-papa-
Posing comel......
Posted by
RifQy NaZHaN RyZa
on Thursday, February 14, 2008
/
Comments: (0)
RifQy skang dah pandai pose utk ambil gambar... setiap kali nak ambil, tak kira la pakai kamera digital or handphone, mesti dia akan standby. Dan yang paling kelakar, dia mesti nak tengok gambar yg dah snap lepas tuh.
Just cakap ngn dia nak ambil gambar sambil tunjuk kamera, dia akan excited & berdiri tegak mcm nyanyi lagu negaraku, kira 1,2,3...snap! Pastu dia akan berlari nak tengok gmbr yg dah diambil.
Cerdik dah anak papa skarang ni...
-papa-
Melaka....
Posted by
RifQy NaZHaN RyZa
on Tuesday, February 12, 2008
/
Comments: (2)
Alhamdulillah, hujung minggu lepas kita balik Melaka. Wah...mmg seronok...iQy mmg seronok main kat sana...di tambah pula dpt layanan istimewa dari semua org...hehe.
Hari jumaat lepas, kita pergi jalan2 ambil angin di Pantai Puteri, Klebang, sebab dah janji ngn iQy nak bawak naik kuda, so naik kuda lah... walaupun mahal......
Hari sabtu pula kita pergi satu family picniked ke Tanjung Bidara. Boleh tahan juga jauhnya dari rumah atuk & nenek, 45 minit ambil masa. Takpe, yg penting iQy seronok main kat sana....
Malam pula kita pergi makan ikan bakar di Umbai. Walaupun papa rase takde apa yg special sgt ikan bakar dia, tapi disebabkan auntie Shedah yg belanja, terus jadi sedap...hehehe.
Hari Ahad petang kita bertolak balik ke KL. Jamm teruk, perjalanan yg patut ambil masa 2 jam, terus jadi 4 jam setengah. Nasib baik la auntie Yah yg drive kereta.
Anyway minggu ni mama dah start keje balik setelah 3 minggu mama cuti. Kasihan iQy, punyalah menangis bila di hantar. Dan terus meragam pada waktu malamnya. Protes kot...
-papa-
Balik Melaka....
Posted by
RifQy NaZHaN RyZa
on Wednesday, February 6, 2008
/
Comments: (0)
Kelmarin, semua koleksi gambar iQy siap dicuci. Mama pun dah siap susun dalam album. Tak cukup album pun. Cantek semuanya. Cuma papa frust sikit sebab gambar yg dicuci tak secantek yang papa touch up / exactly macam softcopy. Maby dia set printer tu too normal quality, so warna gambar kurang cantek & agak gelap.
.
Takpe..next time kita try cuci kat kedai lain plak..ok.
Harini InsyaAllah kita semua balik Melaka, since mama pun cuti..sempat la mama prepare utk kita balik malam ni. Semua org kat Melaka, atuk, nenek, uncle & auntie tak sabar nak tunggu kita balik. Tak sabar tunggu iQy sebenarnya. Atuk siap telefon dan minta papa kalau boleh bertolak malam ni juga....aduhai...musti dah rindu sgt kat anak dia...opss...silap. Kat cucu dia... hehe. Iqy pun dah bertambah sihat harini. Harap2 iQy boleh berseronok bila balik Melaka nanti.
-papa-
Cucu Atuk...
Posted by
RifQy NaZHaN RyZa
on Monday, February 4, 2008
/
Comments: (0)
Minggu lepas, atuk iQy dtg rumah kita, sehari jer pun. Punyalah seronok iQy, sampaikan selepas hantar atuk balik di stesen LRT, iQy menangis cari atuk. Haii... sayang betul iQy kat atuknya. Ini merupakan tanda2 yg menunjukkan iQy akan dapat imuniti secara total setiap kali balik Melaka ni.... cucu kesayangan atuk nih... balik kg musti papa tak boleh marah iQy depan atuk nih.... ahaks.
Hari minggu pula, kita pergi jalan2 Tasik Titiwangsa, tempat yang paling dekat dan yang paling kita akan pergi bila dah takde idea nak pergi mana...hehehe... In the same time, papa pergi hantar koleksi gambar iQy dari umur 1 hari hingga sekarang untuk dicuci. 350 keping semuanya, tu pun ada 90 keping lagi yg tak di hantar sebab belum di touch up. Tak sabar nak tunggu gambar siap. Harap2 semuanya cantik.
-papa-