Resign from.......

Wow..dah lama tak update blog nih... since mama tukar tempat kerja baru, PC office mama dah takde internet, so tak boleh nak update blog iQy lagi, di tambah pula papa yg buzy sangat..so slow la skit blog iQy ni. Well, papa pun nak resign dah..jump to other company. So buzy sangat la ni sampai la last day - end of this month. After that harap2 tempat baru papa ada internet. Kalau tak maka papa akan registerlah internet kat rumah, hari2 la mama update blog iQy. Hehehe..

Hujung minggu lepas, selepas pergi rumah kawan papa di Gombak, papa & mama bawa iQy nak train LRT for the first time. Sesaja nak bagi iQy rase. Pergi/balik papa letak iQy betul2 depan cermin train tuh. Punyalah iQy excited. Sayang papa tak bawa kamera, kalau tak boleh ambil gambar iQy naik train for the first time.

Dan hujung minggu juga atuk Melaka iQy dtg tidur rumah kita. Punyalah manja iQy ngn atuk. Dan yg geramnya iQy buat perangai ngn papa. IQy mmg dah tahu dia ada imuniti bila atuk ada bersama. Geram betul papa. Tak boleh ditegur sket, terus menangis & peluk atuk.

Malam ni kita semua nak balik kg opah iQy di Perak, beraya haji disana. Disebabkan sekarang musim hujan & kg opah sejuk sgt waktu malam, maka kita pergi la SOGO semalam utk cari sweater iQy. Beli 2 pasang, satu papa pilih & lagi satu mama pilih. Cantik & cute bila iQy pakai.

Well, papa pun buzy sangat nih, tulis simple aje nih, tak tahu la bila boleh update blog iQy lagi, probably after join new company.


-papa-

Jom heboh....

Hehe..cerita psl jom heboh ni...kelakar sket. Dulu masa mama mengandungkan iQy, mama mmg teringin sgt pergi jom heboh ni, tapi sebab masa dia buat kat Bukit Jalil, mama baru lepas bersalin..so tak dapat la pergi. So bila sekarang air liur iQy sentiasa memeleh, mama pun pikir agaknnya kempunan nak pergi jom heboh tak? Then on next year lagi skali ada kat Bukit Jalil, mama nak pergi tapi tak dapat gak, sebab sepupu papa kahwin plak masa tuh.



Dan minggu lepas, bila jom heboh buat kat Shah Alam, akhirnya dapat gak mama pergi. So minggu lepas kita jalan2 shah alam. Well, takde apa pun sebenarnya kat jom heboh ni, just mama saja yg teringin nak pergi. Dan sekarang, air liur iQy masih meleleh. Kesimpulannya air liur iQy jadi mcm tu bukan sebab mama kempunan something, tapi sebab iQy slalu hisap puting. Haha....


-papa-

Sayang melampau iQy...

Mula2 papa & mama dah perasan dah, after that papa & mama test plak, bnyk kali test, mmg confirm iQy mmg kuat jealous, melampau jealousnya.... Tak tau la di kategorikan dlm perkataan jealous atau...sayang!
.
Ok la, iQy sayang sgt mamanya, tu psl dia jadi mcm..hehehe. Apa yg macam tu? Well situationnya ialah, bila iQy main sorang2, papa & mama tak boleh duduk rapat. Bila duduk rapat, iQy akan datang tolak papa dan terus peluk mama.

Dah banyak kali test, kalau iQy kusyuk main sesuatu, so papa & mama saja buat aksi manja/sayang sama2. Terus iQy akan marah, datang tolak papa sambil mulut membebel, kadang2 tolak muka, cakar pun pernah! Bila papa dah ketepi, iQy akan terus peluk mama.

Wah..sayang betul kat mamanya, sampai papa pon tak boleh rapat..huk..huk... Takpelah, rasanya word jealous tak sesuai dikategorikan utk iQy, papa lagi suka guna word "sayang melampau"... Especially bila time iQy tgh manja/peluk mama, papa tak boleh peluk mama gak, tapi bila time iQy manja/peluk papa, boleh plak mama peluk papa sekali. huhuhu...


-papa-

Budak zaman sekarang....

Budak zaman sekarang, advance betul! Cuba tengok gambar iQy nih...apa yg iQy buat? Tapi papa paham, biasanya apa yg papa buat, iQy mesti nak ikut. Sebab tu iQy selalu berebut ngn papa PS2 punya controller nih.

Hai..cerdik betul la iQy nih...baru setahun dah pandai main game, walaupun dari segi perkembangan minda ia baik, tapi main game...hmmm..bukanlah benda yg baik. So nasib baik papa dah pass PS2 ni pada uncle imi. Papa tak kisah actually, mama yg sebenarnya selalu membebel. Papa ngn iQy kalau main PS2, terus jadi geng....kan???....


-papa-

Birthday papa + wedding anniversary!


Alhamdulillah, harini harijadi papa la iQy. RifQy tak nak bagi hadiah ke? Semoga keluarga kita murah rezeki dan papa panjang umur dan dapat menjaga iQy sampai bila2. Sekarang hidup papa pun, hanya asyik fikir macam mana nak membesarkan iQy dgn baik. (dan juga membesarkan yg lain2....soon.. :P)

Dan hari ni juga wedding anniversary papa & mama yg ke-2. Semoga jodoh berkekalan sampai iQy bagi cucu & cicit pada papa & mama dan sampai bila2....Amin...

Sekejapnya masa berlalu, iQy pun dah makin besar, comel & cerdik sekarang nih....



-papa-

Budak yang comel...

RifQy sekarang dah pandai beri perhatian semasa papa & mama membebel dgn dia. Kalu papa marah & membebel, so iQy akan terus senyap dan pergi pada mama sambil peluk & tekap mukanya pada mama, begitulah sebaliknya. IQy akan buat muka innocent dia, ala2 merajuk dan sambil tu papa akan cerita dan membebel panjang lebar apa sebab yg buat papa marah.

Jadi setiap kali papa or mama marah, iQy akan dengar..... dan yg paling best, kalu iQy buat muka comel dia, ala2 muka kelakar nak ambil hati..terus papa & mama tak jadi marah...

-papa-