Persiapan Birthday.. :)

Minggu ni mama tak sempat nak cerita perkembangan Iqy. Since papa pun dah cerita so mama nak cerita pasal persiapan birthday Iqy. So kalau di kira dari sekarang lebih kurang lagi 2 hari je sebelum birthday Iqy.
So semua party pack dah beli cuma nak cari some stuff je lagi nak penuh kan goodie bag birthday Iqy. Baju baru pun dah beli.Iqy pun nampak macam happy sangat. Yela dah nak masuk 1 tahun. Tapi mama pulak yang sedih. Now Iqy not baby anymore. He will become a toddler. Mama rindu masa Iqy baru lahir dulu. Cepat nyer masa berlalu. Apa2 pun Iqy tetap anak mama yg manja, comel & bijak.

Oh ye, malam ni kita nak balik kampung. Mama & papa decided nak buat birthday Iqy di Melaka. This your first birthday. And mama nak Iqy feel loved by people surround Iqy.
And the most important thing mama nak Iqy tahu no matter what happen family always be the first.

So apa2 pun mama & papa tak sabar nak tunggu birthday iqy. Happy 1st birthday sayang....


-mama-

Hujung minggu yang sibuk....

Wah..bulan ni..3 minggu berturut-turut hujung minggu RifQy penuh dgn aktiviti. 18hb aritu...RifQy sambut birthday anak kawan papa di Planet Hollywood. RifQy mmg happy & sporting habis kat sana...ramah dgn semua org yg melayannya. And we spend happy time at there.

Minggu lepas pula, 25hb sepupu papa buat kenduri doa selamat di Damansara. In the same time atuk, nenek, uncle & auntie iQy semua dtg tido kat rumah kita. So mmg riuh la rumah jadinya, tambahan pula iQy mmg melekat habis ngn atuknya. So sepanjang hari sabtu iQy spend masa kat Damansara. Mmg happy habis iQy kat sana...berjalan sana sini, gelak sentiasa. Maklumlah, ramai yg melayannya.


Keesokkannya pula 26hb. Papa, mama & iQy spend masa shopping barang2 iQy. Pergi Book Fair di Great Eastern Mall, beli buku2 especially utk iQy. Then pergi shopping baju baru iQy.

And this weekend, hari yang paling sibuk utk iQy. Kita nak sambut birthday iQy yg pertama!! Majlis nanti buat di umah atuk/nenek Melaka. Papa & mama sekarang sibuk survey persiapan utk barang iQy. Lagi 3 hari saja lagi utk iQy genap berumur setahun...:)) Tak sabar rasanya nak tunggu...

-papa-

RifQy yang semakin cerdik..

Anak papa skarang makin cerdik. Alhamdulillah, dari pemerhatian papa & mama, perkembangan fizikal & mental iQy adalah baik. Setiap hari ada sahaja telatah baru iQy ;)

Diantara perkembangan iQy ialah dah pandai bye2, pandai tarik muka bila kene tegur, pandai amik hati mama, pandai angkat tangan setiap kali papa jerit merdeka...mcm2 pandai lagi la.. apa yang papa & mama ajar, iQy mmg cepat ikut dan buat.

This week, ada pesta buku di Great Eastern Mall. Papa dah survey kat sana, bnyk betul buku2, flashcard dan mcm2 lagi bahan utk pembelajaran RifQy. Papa & mama betul2 excited nak beli. So this coming sunday, kita shopping buku utk RifQy, ok!?

In the same time, papa dan ubah fikiran. After this toys iQy ialah buku2 & bahan belajar. Lagi pun toys iQy yg lain2 dah banyak papa beli sebelum ni...kan?!.....
Umur RifQy dah hampir setahun sekarang, so sekarang ialah masa mula untuk iQy belajar huruf & nombor...
.
-papa-

Rifqy, Rifqy, Rifqy dan Rifqy.....:)

Apa yg mama nak cerita ye....
Sebenarnya byk benda yg mama nak cerita pasal anak mama ni.

Firstly mama nak cerita yang Iqy ni terlampau la suka berjalan. Walaupun jaraknya dekat je. Tapi tetap nak berjalan. Dan kadang2 nak berlari. So in the end jatuh berdebuk.
Dan yg paling best kalau Iqy tengok papa dia mengadap pc. So memang Iqy akan berlari pergi kat papa. Tak faham....Lebih2 lagi kalau papa main game. Lagi la. Masa ni totally anak papa la. Mama langsung tak dipedulikannya. Tu yg buat mama berleter tu.
Semakin besar, makin banyak sikap baru yg Iqy tunjukkan. Sekarang dah pandai bye-bye. Tapi tiap kali mama hantar rumah mama Normah, tiap kali tu jugala Iqy menangis. Belum mama Normah ambil Iqy dah menangis. Kadang2 sedih mama nak pergi kerja tapi nak buat macam mana...
So gambar ni papa ambil masa Iqy umur 1 hari. Ni la besar nyer tapak kaki Iqy...
Apa2 pun mama & papa sentiasa sayang pada Iqy...
.
-mama-

Back To The Past....Part 4

Setiap kali papa tengok telatah RifQy harini, papa akan rindu telatah RifQy masa kecil dulu. Papa ni jenis org yg suka ambil gambar. Before iQy lahir, mama pernah cakap, nanti iQy lahir, iQy replace tempat mama then lepas tu ambillah gambar iQy puas2 (ni sebab mama dah bosan asyik kene ambil gambar ngn papa..haha!)

So lepas aje RifQy lahir until la sekarang, papa tak berhenti lagi ambil gambar iQy. Every day, very week, every month ambil gambar...and now dah slow skit amik gambar. And until now, koleksi gambar iQy hampir 4000 keping!! Now papa tgh finalized touch-up gambar2 iQy utk di cuci (around 350 keping)

Jadi, setiap kali papa & mama rindu telatah iQy masa kecik, kitaorg akan tengok semua balik koleksi gambar iQy satu persatu. Setiap saat iQy bersama ngn papa & mama tak pernah di lupakan..;)


(RifQy - 0 to 4 months)

Ini gambar ketika iQy baru dilahirkan... comelkan?

Ini gambar bukti mama bersungguh cuba fully breastfeed iQy, masa ni iQy berumur 2 bulan. Kurus anak papa masa nih. Ini kerana mama taknak top-up susu formula utk iQy, tetap fully breastfeed, tapi akhirnya tak berjaya juga atas sebab2 tertentu.... :(




Ini pula gambar 1st iQy senyum & gelak tawa. Masa ni iQy berumur 2 bulan setengah...

Ini gambar iQy genap berumur 3 bulan

Ini position manja iQy ngn mama. Asyik nak berkepit jer ngn mama. Skang ni lagi dasyat, sambil kepit, sambil gigit mama...hehehe... Ketiga-tiga gambar ni ketika iQy berumur 4 bulan.




-papa-

Rifqy terjatuh....:(


Rifqy dah semakin sihat. Cuma selsema saja yg ada lagi sikit. Batuk pun dah ok. Al-Hamdullillah.

Tapi yg sedih nye, hari sabtu lepas Rifqy jatuh di tepi pintu bilik. Tak sempat mama & papa nak sambut. So kena kat tepi bucu pintu. Mama ingat sikit je tp rupa2 nyer teruk. Sebab bila Iqy nangis mama pujuk, sekejap je Iqy dah ok. Tapi bila mama tengok rupa2 nyer teruk. Kesian anak mama. Dari dahi sampai ke bibir Iqy. So sekarang ni hidung Iqy bertanda la. Hu..hu..hu..

Rifqy sekarang tgh excited nak berjalan. So bila jadi mcm ni mama sedih sangat. Ye la tengah syok2 jalan tiba2 jatuh. Terus hilang mood. Semalam pula kaki Iqy kena langgar dgn kerusi papa. Nasib baik tak teruk. So papa pun rasa macam bersalah. Tambah sedih Iqy terus tidur lepas kena langgar tu. Papa tengah touch up gambar so Iqy datang, siap panggil papa lagi. Tapi bila papa pusing Iqy dah ada dekat sebelah. Tu yg terkena tu. Kesian anak mama...hu..hu..hu..

-mama-

Back To The Past....Part 3

Well..tak banyak lagi papa boleh cerita sewaktu iQy dlm perut mama, mungkin mama boleh cerita detail lagi...

anyway, mmg bnyk gambar2 mama pregnant dulu termasuk la video iQy bergerak dlm perut mama yg di rakam oleh papa :D

Tapi tak bleh di letak kat sini, sensitif mama kata..hehehe. Nanti RifQy dah besar, iQy tgk sendiri ok.







Gambar ni bertarikh 13/5/2006... mama tgh test baju pregnant masa tu kalau x silap papa, hehe..

Gambar ni pula, bertarikh 30/5/2006








Gambar ni adalah sehari selepas kenduri lenggang perut iQy, 16/7/2006. Masa tu papa & mama pergi mandi air terjun kat Sungai Kerobu (betul ke spelling papa ni?).....





Gambar ni bertarikh 16/7/2006 juga, lepas mandi air terjun, papa & mama pergi ke Kuala Kangsar, mama teringin makan laksa kat sana... Hmmm...mama teringin ke or iQy yg teringin??






Ini gambar yg paling papa takkan lupakan, 30/8/2006. Mama tengah bersiap utk ke hospital masa tu, sebab tanda2 terakhir utk iQy keluar telah kelihatan!! Papa ada rakam video masa waktu nih, mama siap gelak2 lagi, seronok! Haha!

-Papa-



Sayang anak mama...


Hari ni dan semalam mama rasa lega sikit. Ye la Rifqy pun dah ok sikit walaupun still ada selsema dgn batuk lagi. Iqy pun dah mula main dan ketawa. Dan yg paling best gigi atas Iqy dah ada. Kesian anak mama, setiap kali gigi nak tumbuh mesti demam.
Semalam office mama, internet down. So mama boring sangat. Sambil tu mama tengok gambar Iqy masa baru lahir sampai sekarang. Semua perasaan ada. Suka, macam tak percaya mama dah ada baby. Comel pula tu. Sedih, sebab mama rasa macam mama tak bagi yg terbaik utk Iqy. Mama nak bagi Iqy fully breastfeed tp sebab tak ada knowledge, so sampai 4 bulan je Iqy breastfeed. Tapi mama janji pd Iqy, mama nak jadi mama yg terbaik utk iqy.
Gambar ni masa Iqy 4 bulan. Rindu pula masa iqy kecik2 dulu...
Rifqy pun dah pandai sekarang. Kalau mama sedih ke iqy mesti peluk mama. Mama balik kerja je Iqy mesti nak melekat dgn mama je. Dah pandai ambil hati.
Sayang sgt anak mama....
.
-mama-

RifQy is back... ;)

Dah seminggu RifQy tak sihat...demam dah sembuh tapi batuk & selsema still ada lagi..
risau gak papa ngn mama, kalau batuk berterusan, papa & mama akan bawa iQy jumpa specialist..

Tapi semalam iQy dah ok sket, batuk dah kurang, selsema still ada.....


Rumah pun dah ceria dgn gelak tawa iQy.. walaupun iQy tak aktif 100% lagi, tapi dah cukup buat rumah riuh dgn gelak iQy & bebel mama dan dan juga membuat papa lenguh asik ikut iQy berjalan kehulu hilir..haha..

Kelmarin bawa iQy jalan2 dan tengok kera kat Kelab Darul Ehsan...suka betul iQy, papa siap bagi makan lagi kera2 kat sana... sayang camera takde, Uncle edy pinjam, kalau tak boleh ambil gambar dan buat perbandingan dengan mama..ada serupa tak...hahahaha....


-papa-

Kesiannya anak mama..isk....


Minggu ni minggu yg teruk utk mama & papa. Yelah, dah seminggu anak mama tak sihat. Mama hari2 menangis bila tengok anak mama tak sihat. Sedih sangat.
Dah seminggu juga la rumah kita sunyi je. Tak der ketawa & gelak Rifqy. Tak der juga la mama membebel.
Hari selasa lepas mama nak pergi kerja mama hantar Iqy kat mama Normah tp Iqy menangis. Sebak sangat mama masa tu.
Lepas tu mama ckp dgn papa mama nak bawa Iqy pergi kerja. So Iqy ikut mama pergi kerja tp sekejap je pas tu kita balik rehat di rumah.
Semalam papa yg cuti jaga Iqy. Lega la sikit mama. Minggu ni pun mama busy sangat.
Hari ni mama hantar Iqy rumah mama Normah. Mama tgk Iqy dah ok sikit. So harap2 nti mama blk Iqy dah sihat. Tak sabar nak balik. Rindu sangat...
Mama sayang Iqy.....


-mama-

RifQy tak sihat....lagi.. :(

Kesian RifQy, tak sampai sebulan pun, dah tak sihat lagi...
hari jumaat minggu lepas dah start kena selsema, then hari ahad terus demam, batuk & selsema, sampai takde suara anak papa nih.. nangis pun suara serak...ish...ish..
then hari Ahad haritu pun, duduk umah jer ngn mama rehat, tak dpt ikut pergi kahwin Auntie Hannah.. tak sempat pakai baju & seluar baru yg papa & mama dah belikan.. :(

Semalam, papa & mama terpaksa ambil emergency leave, nak jaga RifQy, harini RifQy dah baik demam tapi still batuk, selsema & suara serak. Masa nak hantar iQy kat babysitter, iQy menangis, mama tak sampai hati nak tinggal, terus bawak iQy pergi tempat keje.
But at last, mama amik cuti half day gak..jaga iQy...

Kesian RifQy, kalau boleh biar papa ajer yg ambil semua sakit RifQy, papa tak kisah pun..janji anak papa sihat....
harap2 cepat la sembuh....

-papa-

Back To The Past...Part 2



Back To The Past...Part 2 - lenggang perut... Actually papa pun tak tahu apa tu lenggang perut, siapa yg lenggang, siapa yg lengguk.... Tapi yg penting, majlis ni utk RifQy dan juga disertai dgn majlis doa kesyukuran utk menyambut RifQy...

Majlis diadakan pada 15hb Julai 2006 - ketika iQy berumur lebih kurang 7 bulan setengah DALAM perut mama dan diadakan di Kg. Jalong, Perak......


            

Kenduri dibuat gotong royong, masak sendiri sesama keluarga & org kampung..
so yang tu gmbr papa ngn pak andak iQy.....kita org paling rajin buat kerja tau...hehehe..


     

hehehe..gmbr yg belah kiri ni, 4 dara pingitan Jalong...... dari kiri mama, mak yang, mak nyah & mak andak iQy. Part yg mereka paling suka sekali pada majlis ni..apa lagi..makan lah...hehehe (jgn marah ye mama...)


yang ini adalah gambar moyang iQy, termenung menjauh...apa la agaknya yg difikir....



 

dan ini pula adalah barang2 yg disediakan utk majlis lenggang perut tersebut, seriously papa pun tak tau apa fungsinya...apa yg lenggangnya..ntah la....





Tapi yang paling penting sekali, majlis ini diadakan kerana RifQy!! Semua org happy, semua org excited nak tunggu kedatangan iQy.......

-papa-

Baju baru Rifqy...

Semalam mak nyah dtg rumah so mak nyah ada belikan Rifqy baju baru. Mula2 mak nyah dtg, iqy menangis, mama pun tak tahu apasal. Tp tak lama tu iqy ok la balik.
So semalam mama pun try la baju baru iqy, comel sgt mama tgk iqy pakai jeans.
Mak nyah kata pakai time raya tp mama nak pakai kan iqy hari sabtu ni. Masa auntie hannah kawin.
Tak sabar nye nak tgk iqy pakai baju baru.
Banyak sungguh baju baru iqy bulan ni. Tapi apa yg pasti bulan depan mama nak beli lagi baju iqy. Yg tu for birthday la pulak. Apa2 pun semalam rifqy suka sgt. Walaupun sekejap je mak nyah dia dtg.

Semalam mama & papa balik lambat la jugak. Hampir pukul 8 baru sampai rumah. Kesian nya mama tgk iqy. Kata mama Normah, sekarang ni bila petang je iqy dah tunggu kat depan pintu. Lepas tu tak boleh tutup pintu. Mesti Iqy ingat mama & papa dia dah nak ambil dia. Kesian anak mama...
Tadi pagi mama hantar iqy tidur lagi... mama tak nak kejut kan iqy, nanti iqy mesti menangis bila mama hantar. Semalam pun masa mama & papa hantar iqy kat mama normah, muka iqy masam sangat. Tak pe la, nanti bila iqy besar iqy akan faham kenapa mama buat macam ni. Walau apa pun, mama & papa nak iqy tahu, Kami sayang sangat Rifqy.


-mama-